Friday 9 December 2011

Transformasi seekor rama-rama

Ketika menuruni dari Pusat Sains Negara aku sempat singgah Taman mini rama-rama di kaki bukit.

Ada pengajaran yang boleh dipelajari mengenai seekor rama-rama yang bermula dengan kitaran
sebagai ulat beluncas yang kelihatan sangat hodoh. 
Ulat beluncas kerjanya memusnahkantumbuhan dengan memakan dedaunan hijau yang sudah menjadi sifatnya sejak azali.

kepompong



Apa bila sampai satu masa ulat beluncas akan bertafakur dengan membentuk kepompong, mungkin berfikir dan menyesal sifatnya terdahulu. Setelah berjaya membebaskan diri dari kepompong dengan lemah berusaha mengembang kepak buat pertama kali keluar dari cengkerang kepompong.Dengan langkah lemah ulat beluncas yang baru sahaja transformasi menjadi rama-rama yang mempunyai 
sepasang kepak yang sangat cantik mula bangga dengan menonjolkan diri dengan yakin. Rama-rama  lalu berterbangan menghingap pokok yang dahulu dimusnahkannya dengan menghirup madu bunga. 
Rama-rama terbang dari satu bunga ke satu bunga bersamanya debunga membantu pokok menghasilkan buah.

p\s: adakah kita berhijrah seperti seekor ulat beluncas yang debenci pada awalnya manjadi seekor 
rama-rama yang cantik berbakti kepada alam. 











rama-rama
rama-rama

No comments: